PROFIL KORPORAT

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

 

 

       

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

"Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia"
"Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat"
"Malaysia Madani"
"Berkhidmat Untuk Negara"

 

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat melayari laman web rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah ( PDTMT).

Laman web ini diperkenalkan kepada umum atas tujuan memberikan informasi tepat dan terkini berhubung perkembangan, perubahan serta pelbagai aktiviti yang dijalankan di PDTMT. Revolusi elektronik dunia maklumat telah menyaksikan perubahan ketara dari segi keupayaan simpanan, transmisi dan pemprosesan data. Penggunaan satelit, kabel gentian optik dan peranti simpanan kepadatan tinggi telah meningkatkan produktiviti sosial dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini terutama bidang informasi dan komunikasi amatlah penting dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian awam dan prestasi sesebuah organisasi malahan dapat membantu mendapat maklumbalas secara terus daripada pelanggan.

Saya bagi pihak warga kerja PDTMT merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk melayari laman web rasmi PDTMT. Diharap dengan terhasilnya laman web ini, para pengunjung dapat memperoleh maklumat dan berkongsi pandangan serta idea yang boleh membantu PDTMT dalam memberikan perkhidmatan terbaik  kepada para pelanggannya. PDTMT akan meneruskan dengan jitu segala perancangan dan pelan tindakan organisasi selaras dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Saya ingin menyatakan komitmen Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah dalam usahanya bagi memastikan transformasi dalam semua aspek pengurusan terutamanya dalam penggunaan ICT terus dipertingkatkan. Ia adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan kelancaran dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatannya.

Akhir kata, Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah. Saya percaya dan yakin bahawa Laman Web Rasmi ini akan menjadi wadah rasmi dua hala dalam penyampaian maklumat yang lebih berkesan serta dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan PDTMT  dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Melaka Tengah  dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

KHIDMAT MESRA ANDA SELESA


Sekian, terima kasih.

Datuk Shaiful Hazwa bin Kipli

Pegawai Daerah Melaka Tengah
 

PROFIL KORPORAT      Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT)    Senarai Pegawai Daerah Melaka Tengah     Pengiktirafan     Exco Negeri Melaka    Carta Organisasi    Direktori Pegawai    Senarai Maklumat Berkaitan ADUN    Peta Lokasi    Piagam Pelanggan    Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2022    Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2023    Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2024 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 27-12-2023 :: 04:52 PM