Cara memohon
Permohonan boleh dibuat menggunakan Borang 1. Dokumen sokongan yang diperlukan bergantung kepada jenis permohonan samada dari individu atau Agensi Kerajaan / Syarikat / Pertubuhan Berdaftar / Koperasi.
Permohonan Individu
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Kad pengenalan suami / isteri pemohon (1 salinan)
Surat Beranak suami / isteri pemohon (1 salinan)
Sijil kerakyatan jika berkenaan
Pelan lokasi (RM 30 per lot) - (25 salinan)
Bagi kakitangan kerajaan / badan berkanun, sila sertakan surat kebenaran memiliki harta daripada Ketua Jabatan
Kad pengenalan ibu dan bapa - (1 salinan)
Sekiranya telah meninggal dunia, sila sertakan 1 salinan surat kematian
Permohonan Agensi Kerajaan / Syarikat, Pertubuhan Berdaftar / Koperasi
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Borang 24 dan borang 49 - 1 salinan
Sijil Pendaftaran Perniagaan - 1 salinan
Perlembagaan Pertubuhan - 1 salinan
Pelan lokasi (RM 30 per lot) - 25 salinan
Daftar perniagaan persendirian - 1 salinan
Undang-undang kecil - 1 salinan
Senarai Jawatankuasa Pengurusan - 1 salinan
Bayaran permohonan
RM 50.00
Bayaran selepas diluluskan
Bayaran premium tanah dan lain-lain bayaran seperti yang telah ditetapkan semasa kelulusan.
Pengiraan Premium
Kiraan premium adalah berdasarkan kepada 2 kategori tanah kerajaan iaitu :
1. Tanah Kerajaan Asal
Bangunan Kediaman = 1/200 x Harga Pasaran x Tempoh Pajakan
Bangunan Perniagaan = 3/400 x Harga Pasaran x Tempoh Pajakan
Bangunan Perusahaan = 3/400 x Harga Pasaran x Tempoh Pajakan
2. Tanah Kerajaan Hasil Pengambilan Balik Tanah
Bangunan Kediaman = 25% x (Harga Penilaian x Bayaran Pampasan)
Bangunan Perniagaan = 25% x (Harga Penilaian x Bayaran Pampasan)
Bangunan Perusahaan = 30% x (Harga Penilaian x Bayaran Pampasan)
Untuk maklumat lanjut , sila hubungi Unit Pembangunan Tanah di talian 06-2327043/7042