PROFIL KORPORAT

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Melaka Maju Fasa II

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, laman web Pejabat Daerah Melaka Tengah telahpun siap dibangunkan dengan versi yang terbaru berdasarkan informasi-informasi  terkini selaras dengan objektif PDTMT yang mementingkan kecekapan dan mutu perkhidmatan dalam memastikan kepuasan pelanggan berada pada paras optimum.

Justeru itu, melalui paparan maklumat-maklumat tersebut para pelanggan dan orang ramai sekalian akan dapat mengetahui dan mengenali lebih dekat akan PDTMT, khususnya mengenai peranan , tanggungjawab dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PDTMT kepada para pelanggan dan masyarakat keseluruhannya. Usaha ini juga selaras dengan keperluan dan perkembangan teknologi maklumat masa kini, dan usaha-usaha ke arah mempertingkatkan sistem penyampaian jabatan .

Melalui medium elektronik  ini juga, saya berharap semua pelanggan berpuas hati dengan mutu dan penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh PDTMT ke arah pencapaian kemajuan Negeri Melaka sebagai salah satu pemangkin utama bagi Melaka Maju 2010.

Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan PDTMT  dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Melaka Tengah  dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

Khidmat Mesra Anda Selesa


Pegawai Daerah Melaka Tengah

PROFIL KORPORAT      Mengenai PDTMT    Diari Pegawai Daerah    Exco Negeri Melaka    Carta Organisasi    Direktori Pegawai    Senarai Parlimen    Peta Lokasi    Piagam Pelanggan    Pencapaian Piagam Pelanggan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-12-2016 :: 01:35 PM