PENERBITAN

PELAN PENGURUSAN RISIKO

Pengurusan Risiko merupakan salah satu aspek pengurusan yang perlu diberi perhatian dami memastikan kelangsungan kualiti Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah. Selaras dengan itu, adalah menjadi keutamaan PDTMT agar memastikan penambahbaikan dan pemantapan sistem pengurusan risiko yang berkesan dapat menepati matlamat jabatan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

Bagi menjamin pelaksanaan proses kerja yang berkesan, satu bentuk perancanganDan pelan tindakan perlu dirangka sewajarnya bagi memastikan Pelan Strategik Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah yang telah diwujudkan itu dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan. Oleh itu, Pelan Pengurusan Risiko ini telah dikenalpasti dan dibentuk, bersesuaian dengan objektif kualiti organisasi bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan. Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko yang dianggotai oleh pegawai pengurusan tertinggi jabatan bertindak sebagai pemantau akan mengawalselia setiap proses kerja di Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah. Perancangan dan pelaksanaan pengurusan risiko ini meliputi tempoh Pelan Strategik PDTMT bagi tahun 2010-2015 tetapi kajian semula dan semakan akan dilaksanakan secara berterusan.

Pelan Pengurusan Risiko Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah adalah bertujuan untuk mengenalpasti risiko serta menganalisa kesan dan akibat sekiranya sesuatu risiko itu terjadi dan justeru itu merancang tindakan-tindakan kawalan, tindakan alternatif dan penambahbaikan dalam mengawal risiko tersebut daripada terus mengakibatkan kesan yang buruk. Pelan ini dijangka dapat menghadapi cabaran dalaman dan luaran organisasi dalam segala urusan. Inisiatif yang digariskan dalam pelan ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi oleh semua pihak. Di samping itu, proses penambahbaikan pelan perlu diteruskan dari semasa ke semasa selaras dengan cabaran dan keperluan baru pada masa akan datang.

Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko ini merupakan satu inisiatif yang julung kali diadakan bagi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah. Pengurusan Risiko merupakan amalan terbaik dalam urusan Tadbir Urus Korporat yang berkesan. Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah menyedari betapa pentingnya mempunyai struktur pengurusan risiko yang komprehensif bukan sekadar untuk mengurus risiko dengan berkesan tetapi juga bersedia dengan sebarang kemungkinan atau kejadian yang tidak diduga.

Pengurusan ini dapat membantu organisasi mengenalpasti halangan-halangan dan seterusnya menggubal inisiatif dan penambahbaikan bagi membantu organisasi mencapai matlamat. Dengan itu, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah telah melaksanakan Rangka Kerja Pengurusan Risiko untuk mengurus risiko yang dihadapi oleh organisasi ini.


 

No
Keterangan
Format
Saiz
Tindakan
1
3.Maklumat Kandungan Dokumentasi.pdf
Format PDF
1705kB
Untuk membuka fail di atas, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader Adobe Reader
PENERBITAN      Pelan Strategik ICT    Prosedur dan Standad Keselamatan ICT Negeri Melaka versi 1-5-Dis 2015    Pelan Strategik Jabatan    Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan    Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Keselamatan Pejabat 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 25-12-2016 :: 12:52 AM