ORANG AWAM  ARKIB ICT

INFO ICT MEI 2016

Powerbank Xiaomi Kini Lebih Kecil

Tidak lama dahulu, kami telah mendapatkan sebuah Powerbank Xiaomi 10400mAh dan walaupun ia mempunyai jumlah simpanan kuasa yang besar, ia juga berat dan agak besar untuk dibawa ke sana ke mari. Namun, kini Xiaomi telah mengeluarkan model terbaru peranti tersebut yang lebih kecil dan ringan, tetapi pada kapasiti 10000mAh.


Powerbank Xiaomi Kini Lebih Kecil

Model Powerbank Xiaomi 10,400mAh kini telah menjalani proses pengecilan dan kini lebih kecil dan ringan tetapi mempunyai kapasiti yang lebih kecil sedikit pada 10,000mAh. Ia mempunyai berat 207 gram iaitu 443 gram lebih ringan dari model sebelumnya. Lebarnya juga telah dikurangkan sebanyak 20% kepada 60.4mm.


Dari segi binaan, ia mengekalkan binaan logam dan menggunakan cip pengecasan yang sama dari Texas Instruments dan US Power Systems. Ia juga mengekalkan output 2.1Amp dari satu port USBnya. Butang memeriksa cas juga dikekalkan dengan 4 biji LED untuk melihat jumah tenaga yang tinggal. Di China, Powerbank ini dijual pada harga CNY69 atau lebih kurang RM40.

Arkib ICT       INFO ICT FEBRUARI 2016    INFO ICT MAC 2016    INFO ICT APRIL 2016    INFO ICT JUN 2016    INFO ICT JULAI 2016    INFO ICT OGOS 2016    INFO ICT SEPTEMBER 2016    INFO ICT OKTOBER 2016 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-07-2016 :: 04:40 PM