SOALAN LAZIM

Umum

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Melaka telah disediakan secara online dan Laman Web Rasmi ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Umumnya, Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian bawah setiap halaman.

Anda boleh menghubungi :-

Unit Teknologi Maklumat (ICT)

Tel : 06-3333333 ext 5081

Faks: 06-2326027 atau

Emel: pdtmt@melaka.gov.my

Maklumbalas boleh dimuat turun di laman Web PDTMT di Menu Perkhidmatan > Muaturun > Borang Maklumbalas Perkhidmatan dan fax kepada PDTMT ke 06-2326721 atau email kepada kami di alamat email: pdtmt@melaka.gov.my

Manakala aduan pula boleh dilayari di Portal e-Aduan

Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Tanah dan Daerah Melaka Tengah melalui Internet

Khusus

Jam operasi bermula pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Maklumbalas boleh diberi melalui halaman Maklumbalas diatas. Sebarang pertanyaan, komen dan cadangan adalah dialu-alukan untuk mengisi ruang yang disediakan.

Cukai Tanah boleh dibayar di Kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah,Aras Bawah, Bangunan Wisma Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Selain itu juga, cukai tanah boleh dibayar di cawangan-cawangan terdekat seperti di Kaunter UTC, Jln Hang Tuah, Melaka dan juga di Kaunter Melaka Central.

Antara peranan atau fungsi PDTMT ini adalah sebuah agensi pemungut hasil/cukai kerajaan negeri, pentadbir dan perancang kepada pembangunan daerah secara menyeluruh, jabatan penghubung antara kerajaan melalui pelaksanaan dan penyelarasan serta projek kerajaan,bertanggungjawab memajukan taraf hidup sosio ekonomi rakyat, urusetia kepada perancangan dan pembangunan tanah daerah.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian telah menyediakan bayaran Cukai Tanah secara atas talian melalui perkhidmatan Perbankan Internet (Internet Banking) atau FPX.